Berapa Huruf Hijaiyyah? 28 atau 29
- Akademi An Najah
- Sep 15, 2018
- 1 min read
“Ustazah, betul ke huruf hijaiyyah ada 29 huruf? Ada yang kata 28 huruf. Saya keliru la.”
RAMAI YANG KELIRU BILANGAN HURUF HIJAIYYAH.
Sebenarnya dua-dua jawapan betul. Mari kita ulangkaji sikit huruf-huruf yang ada dalam al-Quran.
29 HURUF HIJAYYAH TERDIRI DARIPADA HURUF
1/ ALIF 2/ BA 3/ TA 4/ THA 5/ JIM 6/ ‘HA 7/ KHO 8/ DAL 9/ ZHAL 10/ RO 11/ ZAI 12/ SIN 13/ SYIN 14/ SOD 15/ DHOD 16/ THO 17/ ZHO 18/ ‘AIN 19/ GHOIN 20/ FA 21/ QOF 22/ KAF 23/ LAM 24/ MIM 25/ NUN 26/ WAW 27/ HA 28/ #HAMZAH 29/ YA
Yang membezakan 28 dengan 29 huruf hijaiyyah ialah huruf #HAMZAH.
Bagi yang memegang pendapat 28 huruf hijaiyyah, HAMZAH termasuk sekali dalam huruf ALIF. Kerana bunyi asas HAMZAH bila berbaris sama seperti bunyi ALIF.
Contoh:
HAMZAH bila berbaris satu akan berbunyi A, I, U ALIF bila berbaris satu juga bunyi yang sama.
Begitu juga bila HAMZAH berbaris tanwin akan berbunyi AN, IN, UN ALIF juga sama bila berbaris tanwin.
Sekarang, dah faham kan kenapa ada guru yang memegang pendapat huruf hijaiyyah ada 28.
Bagi yang memegang pendapat 29 huruf hijaiyyah, HAMZAH diasingkan daripada huruf ALIF. Itu sahaja perbezaannya.
Macam mana sekarang? Jelas tentang perbezaan bilangan huruf?
Comments